BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 28, 2010



kelebihan-kelebihan broadband:

Kelebihan Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.

Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi. Internet jalur lebar Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian Internet jalur lebar, di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s). Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi.Ia boleh digunakan dimana-mana serata dunia. senang bagi sya untuk berhubung dengan kawan-kawan di mana-mana di serata dunia.




apa itu boadband?

Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana ’suara’ dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum (’suara’ dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).