BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 19, 2011

hidup ku...

hidup ku kini sungguh ketat.... base la nak menghadapi PMR nie.... tpi aq doa kan semua calon2 PMR taun nie straight a's... AMIN.....

Monday, March 15, 2010

Pertama kali saya mengenali broadband dan internet



Kisah ini bermula pada pertengahan tahun 2006, abang saya telah membeli sebuah modem celcom broadband,itulah kali pertama dalam keluarga kami yang mempunyai modem internet kami sendiri.tetapi bagi saya dan adik saya tidak pernah tahu apa itu internet adalah sesuatu yang baru bagi kami.Saya telah meminta abang saya mengajar saya apa itu internet dan cara-cara untuk menggunakanya saya juga telah meminta abang saya untuk membuatka saya Myspace yang pada masa itu hangat diperkatakan di kalangan rakan-rakan yang sebaya dengan saya.selain aktiviti sosial sya juga menggunakkan internet untuk membaca surat khabar secara online, main game komputer,

aktiviti sosial,
dan pembelajaran.

kini saya telah mahir menggunakan internet. saya bukan saja menggunakan myspace tetapi juga blog!!!
sekian coretan saya. terima kasih.

Sunday, February 28, 2010



kelebihan-kelebihan broadband:

Kelebihan Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak ‘download’ bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.

Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi. Internet jalur lebar Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian Internet jalur lebar, di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s). Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi.Ia boleh digunakan dimana-mana serata dunia. senang bagi sya untuk berhubung dengan kawan-kawan di mana-mana di serata dunia.




apa itu boadband?

Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana ’suara’ dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum (’suara’ dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).